February 18, 2011

Struktur Kain Batik

Sepasang kain batik mempunyai strukturnya yang tersendri, yang mengandungi bahagian kepala, badan dan kaki. Bentuk-bentuk tertentu ditempatkan pada ruangan yang tertentu. Panjang kain sarung (batik) adalah lebih kurang 180cm hingga 215cm, dan lebarnya adalah lebih kurang 106 cm. Struktur kain batik sarung adalah seperti berikut:
  • Tepi kain: bahagian birai atas dan bawah kain sarung selepas gunung kain, bermotif kecil dengan memukulkan sarung tepi yang biasanya mempunyai sisir halus.

  • Gunung kain: bahagian atas dan bawah yang bermotif kecil sebelum tepi kain batik sarung, yang disebut juga sebagai tepi kain.

  • Kepala kain: bahagian kain batik yang coraknya berlainan daripada bahagian badan kain, biasanya bermotif pucuk rebung atau bunga menegak dan diletakkan pada bahagian belakang apabila dipakai.

Struktur Kain Batik Sarung

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...