February 18, 2011

Struktur Kain Batik

Sepasang kain batik mempunyai strukturnya yang tersendri, yang mengandungi bahagian kepala, badan dan kaki. Bentuk-bentuk tertentu ditempatkan pada ruangan yang tertentu. Panjang kain sarung (batik) adalah lebih kurang 180cm hingga 215cm, dan lebarnya adalah lebih kurang 106 cm. Struktur kain batik sarung adalah seperti berikut:
  • Tepi kain: bahagian birai atas dan bawah kain sarung selepas gunung kain, bermotif kecil dengan memukulkan sarung tepi yang biasanya mempunyai sisir halus.

  • Gunung kain: bahagian atas dan bawah yang bermotif kecil sebelum tepi kain batik sarung, yang disebut juga sebagai tepi kain.

  • Kepala kain: bahagian kain batik yang coraknya berlainan daripada bahagian badan kain, biasanya bermotif pucuk rebung atau bunga menegak dan diletakkan pada bahagian belakang apabila dipakai.

Struktur Kain Batik Sarung

Share/Bookmark

Motif-motif Corak Batik

Motif Organik: merupakan motif yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, burung-burung (contohnya unggas), dan binatang.Contoh motif berunsurkan flora dan fauna adalah:

Motif berunsurkan Fauna

Motif berunsurkan Flora

Terdapat juga motif-motif lain seperti motif yang berunsurkan corak geometri dan isen. Contoh-contoh motif ini adalah:

Motif berunsurkan Geometri

Motif berunsurkan Isen

Share/Bookmark

Sejarah Seni Batik

Sejarah seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Pada abad ke-7, batik telah digunakan dengan meluas di negara China dan Jepun manakala pada abad ke-15 pula, batik telah mula-mula diperkenalkan di Tanah Melayu. Pada tahun 1920-an, teknik terap hitam digunakan untuk mengecap kain. Dalam penggunaan teknik ini, blok kayu ukiran timbul dicelupkan dengan pewarna sebelum ditekapkan pada kain. 

Seterusnya, pada tahun 1930-an, perusahaan batik telah bermula di negeri Terengganu dan Kelantan. Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi antara industri kampung yang utama. Bertitik-tolak daripada perkembangan ini, perusahaan batik telah mampu melonjak ke peringkat besar-besaran dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Share/Bookmark
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...